top of page
20729181_1188498697921135_7847122151696882280_n.jpg

Tujuan

Membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh individu, keluarga dan masyarakat Islam di Daerah Yan.

​

Latar Belakang Pejabat Agama Islam Daerah Yan

Pejabat Agama Islam Daerah Yan adalah sebuah pejabat kerajaan negeri yang terletak di Daerah Yan. Pada mulanya, Pejabat Agama Islam Daerah Yan beroperasi di sebuah bangunan Majlis Daerah Yan bersama dengan jabatan lain dan  mula diduduki di bangunan  tersebut sejak tahun 1985 hingga Oktober 2016. Kemudiannya telah berpindah ke bangunan baru pada 23 Oktober 2016. Bangunan Kompleks Pejabat Agama Islam Daerah Yan ini telah berkongsi bersama dengan Mahkamah Syariah Rendah Yan. Di antara perkhidmatan yang disediakan di Pejabat Agama Islam Daerah Yan adalah terdiri daripada Unit Pentadbiran, Unit Pencegahan dan Penguatkuasaan, Unit Hal Ehwal  Kekeluargaan Islam Penerangan dan Dakwah, dan tiga unit sampingan lain iaitu Unit Pentadbiran Maik, Unit Pengurusan Masjid dan Surau dan Unit Pendidikan Spi/Kafa.

UTAMA: Welcome

VISI

  • Penerapan dan penghayatan Islam sebagai Addin dan cara hidup

melalui pengurusan yang efisyen, integriti, berkualiti, proaktif dan

komited bagi melahirkan kesejahteraan ummah.

UTAMA: Text

MISI

  • Berusaha untuk mendaulatkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.


  • Berusaha membentuk masyarakat Madani yang berilmu, beriman dan beramal seiring dengan pembangunan Negeri dan Negara.

UTAMA: Text

OBJEKTIF

  • Membentuk masyarakat yang mempunyai akhlak yang mulia dan

menjaga kehormatan diri dan peribadi


  • Memberi kesedaran tentang pentingnya nilai agama dalam diri

masyarakat Islam yang sememangnya mempunyai nilai budaya yang tinggi

UTAMA: Text

PIAGAM PELANGGAN

Seluruh warga Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman termasuk Pejabat Agama Daerah Yan bertekad memberi perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan   berasaskan ciri-ciri berikut:


  • Kecekapan dan ketepatan masa dalam menangani urusan dengan pelanggan.


  • Unsur mesra, berkhemah dan bekerjasama ditekankan semasa berurusan dengan pelanggan.


  • Amalan negatif dan penting diri dikesampingkan.


  • Lakukan yang terbaik dalam semua urusan.


  • Ilmu dipertingkatkan dalam usaha meningkatkan produktiviti.


  • Tegas, berdisiplin dan dedikasi.


  • Integriti iaitu menggunakan kuasa dengan adil dan saksama.


“Kualiti Teras Perkhidmatan’’

UTAMA: Text
R2G_edited.png
UTAMA: Image

BAHAGIAN/UNIT

images.jpg

PENTADBIRAN

nikah12.jpg

HAL EHWAL KEKELUARGAAN ISLAM, PENERANGAN DAN DAKWAH

images (1).jpg

PENCEGAHAN & PENGUATKUASAAN

5035937452_a299a298f3_b.jpg

PENGURUSAN MASJID/SURAU

Bimbingan-Asas-Fardhu-Ain1-212x300.jpg

PENDIDIKAN SPI/KAFA

download (1).jpg

PENTADBIRAN MAIK

UTAMA: Issues
IMG-20180304-WA0066.jpg

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN
TAHUN 1439H/2018M
(PERINGKAT ZON TENGAH)

08 MAC 2018

Alhamdulillah, selesai Majlis Tilawah Al-Quran Negeri kedah Darul Aman Tahun 1439H/2018M

(Peringkat Zon Tengah) yang berlangsung pada:

​

Tarikh: 4 Mac 2018M bersamaan 16 Jamadilakhir 1439H (Ahad)
Tempat: Perkarangan Masjid Al-Wustha Guar Chempedak
Masa: 8.00 Malam


Majlis telah dirasmikan oleh: Yang Berhormat, Dato' Wira Dr. Ku Abd. Rahman bin Ku Ismail, DGMK., DSDK., BKM., JP.
(Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman)


Majlis berjalan lancar dengan jaya nya.
Tahniah kepada Para peserta dan Pemenang yang berjaya ke peringkat seterusnya.

UTAMA: News Feed
url.jpeg

HUBUNGI

Terima kasih kerana melayari laman ini. Setiap maklumat yang disampaikan adalah berkaitan dengan Pejabat Agama Islam Daerah Yan.

​

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi kami melalui email seperti tertera di bawah.

​

MUAFAKAT KEDAH

BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA


Terima Kasih. 

Thanks for submitting!

UTAMA: Contact

Subscribe Form

Stay up to date

Thanks for submitting!

UTAMA: Subscribe
bottom of page