
Tujuan
Membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh individu, keluarga dan masyarakat Islam di Daerah Yan.
​
Latar Belakang Pejabat Agama Islam Daerah Yan
Pejabat Agama Islam Daerah Yan adalah sebuah pejabat kerajaan negeri yang terletak di Daerah Yan. Pada mulanya, Pejabat Agama Islam Daerah Yan beroperasi di sebuah bangunan Majlis Daerah Yan bersama dengan jabatan lain dan mula diduduki di bangunan tersebut sejak tahun 1985 hingga Oktober 2016. Kemudiannya telah berpindah ke bangunan baru pada 23 Oktober 2016. Bangunan Kompleks Pejabat Agama Islam Daerah Yan ini telah berkongsi bersama dengan Mahkamah Syariah Rendah Yan. Di antara perkhidmatan yang disediakan di Pejabat Agama Islam Daerah Yan adalah terdiri daripada Unit Pentadbiran, Unit Pencegahan dan Penguatkuasaan, Unit Hal Ehwal Kekeluargaan Islam Penerangan dan Dakwah, dan tiga unit sampingan lain iaitu Unit Pentadbiran Maik, Unit Pengurusan Masjid dan Surau dan Unit Pendidikan Spi/Kafa.
VISI
Penerapan dan penghayatan Islam sebagai Addin dan cara hidup
melalui pengurusan yang efisyen, integriti, berkualiti, proaktif dan
komited bagi melahirkan kesejahteraan ummah.
MISI
Berusaha untuk mendaulatkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Berusaha membentuk masyarakat Madani yang berilmu, beriman dan beramal seiring dengan pembangunan Negeri dan Negara.
OBJEKTIF
Membentuk masyarakat yang mempunyai akhlak yang mulia dan
menjaga kehormatan diri dan peribadi
Memberi kesedaran tentang pentingnya nilai agama dalam diri
masyarakat Islam yang sememangnya mempunyai nilai budaya yang tinggi
PIAGAM PELANGGAN
Seluruh warga Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman termasuk Pejabat Agama Daerah Yan bertekad memberi perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan berasaskan ciri-ciri berikut:
Kecekapan dan ketepatan masa dalam menangani urusan dengan pelanggan.
Unsur mesra, berkhemah dan bekerjasama ditekankan semasa berurusan dengan pelanggan.
Amalan negatif dan penting diri dikesampingkan.
Lakukan yang terbaik dalam semua urusan.
Ilmu dipertingkatkan dalam usaha meningkatkan produktiviti.
Tegas, berdisiplin dan dedikasi.
Integriti iaitu menggunakan kuasa dengan adil dan saksama.
“Kualiti Teras Perkhidmatan’’

BAHAGIAN/UNIT

PENTADBIRAN

HAL EHWAL KEKELUARGAAN ISLAM, PENERANGAN DAN DAKWAH
.jpg)
PENCEGAHAN & PENGUATKUASAAN

PENGURUSAN MASJID/SURAU

PENDIDIKAN SPI/KAFA
.jpg)
PENTADBIRAN MAIK

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN
TAHUN 1439H/2018M
(PERINGKAT ZON TENGAH)
08 MAC 2018
Alhamdulillah, selesai Majlis Tilawah Al-Quran Negeri kedah Darul Aman Tahun 1439H/2018M
(Peringkat Zon Tengah) yang berlangsung pada:
​
Tarikh: 4 Mac 2018M bersamaan 16 Jamadilakhir 1439H (Ahad)
Tempat: Perkarangan Masjid Al-Wustha Guar Chempedak
Masa: 8.00 Malam
Majlis telah dirasmikan oleh: Yang Berhormat, Dato' Wira Dr. Ku Abd. Rahman bin Ku Ismail, DGMK., DSDK., BKM., JP.
(Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman)
Majlis berjalan lancar dengan jaya nya.
Tahniah kepada Para peserta dan Pemenang yang berjaya ke peringkat seterusnya.

HUBUNGI
Terima kasih kerana melayari laman ini. Setiap maklumat yang disampaikan adalah berkaitan dengan Pejabat Agama Islam Daerah Yan.
​
Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi kami melalui email seperti tertera di bawah.
​
MUAFAKAT KEDAH
BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA
Terima Kasih.